Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Thursday, March 16, 2006

PETUA KECANTIKAN SEMULAJADI WARISAN LAMA

Petua Ringan Jodoh
-------------------
Hendaklah dibacakan Surah Yusuf pada sebekas air yang bersih sebanyak 3
kali pada malam Jumaat. Air itu hendaklah dimandi pada 3 pagi berturut2 dan
diminum 7 kali setiap hari 3 hari berturut. Wallahu'a'lam.

Penawar Resdung
----------------
Amalkan menyedut air ke dalam hidung. Kemudian picit sebelah hidung dan
hembuskan sekuat hat. Buatlah berulang-ulang kali sehingga selesai
kedua-duanya. Selepas itu basuhlah muka dengan bersih. Lakukan ini setiap
kali setelah sapai ke satu2 destinasi, pejabat, bersantai, riadah atau
pulang ke rumah, malah ke mana saja.

Melicin dan Memerahkan Kulit Muka
---------------------------------
Ambil sebiji buah tomato masak, lecek hingga halus. Kemudian pupurkan
diseluruh muka. Biarkan mengering selama 20 minit. Bilas dgn air bersih.
Amalkan seminggu 2/3 kali.

Menegangkan Kulit Muka
-----------------------
Ambil tepung ubi kayu dan ment! imun. Timun hendaklah disagat/parut halus
terlebih dahulu. Kemudain campurkan kedua-dua bahan dgn sedikit air. Kacau
rata dan jgn terlalu cair. Kemudian sapu di muka dan biarkan ia kering.
Kemudian basuh. Dgn cara ini ia dpt menegangkan kulit muka serta
menampakkan keputihan di muka dan menjadikan kulit segar.

Menyerikan Wajah
----------------
Wanita yg menginginkan wajahnya sentiasa berseri apabila dipandang,
bolehlah mengamakkan amalan di setiap pagi iaiu selawat ke atas nabi saw
sbyk 3x seblm mencuci muka dan sapukan air ke muka. Insyaallah..

Menghilangkan Bau Badan
-----------------------
Potongkan limau kasturi dan buangkan bijinya. Kemudian makanlah kulit limau
kasturi itu bersama airnya. Amalkan selalu.

Awet Muda
----------
Semasa berdandan di waktu pagi, baca selawat nabi saw di kedua tapak tangan
dan usapkan/raupkan ke muka beserta niat dalam hati supaya diindahkan
seperti Nabi Yusuf.

Merawat S! enggugut
-------------------
Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan ke dalam segelas air suam.
Apabila halia dan mendap, barulah diminum dgn dimulai selawat nabi saw.
Insyaallah mujarab.

Kulit Cerah dan Licin
-----------------------
Ambil sebiji limau nipis dan dibelah 2. Semasa mandi, gosokkan pada muka
dan seluruh badan. Insyaallah selain cerah, akan harum.

Rambut Lebat
-------------
Setelah selesai makan, basuh tangan dgn air sehingga bersih. Selawat 3x
tangan yang yg masih basah segera dilapkan atas rambut. Wa''ahua'alam.

@ ambil daun lidah buaya, belah dua. Sapukan lendir dari dlm daun lidah
buaya itu pada kulit kepala. Anda akan rasa sejuk. Sapu rata2 seluruh kulit
kepala. Biarkan seketika sebelum mencuci rambut seperti biasa. Amalkan
selalu.. insyaallah, akan lebat dan hitam.

Mengempiskan Perut

-------------------------
Ambil air limau nipis dan campurkan dgn kapur sirih. Sebatikan lalu
dis! apukan pada perut kemudian ikat perut seperti perempuan yg dalam pantang
(berbengkung). Jika tidak mahu bengkung, lumurkan atau sapu dekat perut
saja.. amalkan setiap malam.
@
Ambil air asam jawa dan garam, dibancuh dgn segelas air panas. Embunkan
semalaman. esok paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka atau
membuang air kecil.

Menyegarkan Mata
-----------------
Ambil timun yg telah dihiris agak tipis. tekapkan pada kelopak mata.
Pejamkan mata untuk beberapaketika. Anda akan berasa kesegarannya selepas
itu.

Melangsingkan Tubuh
-------------------
2 biji libak merak dan sebiji timun diparut dan diperah airnya. Campur dgn
sebiji air limau nipis dan bancuh hingga sebati. Minum 2x sehari. Amalkan
sehingga berat badan ideal.

Menghilangkan parut dimuka
---------------------------
Tumbuk kulit kayu manis hingga lumat. Campurkan serbuk td dgn sedikit air.
Bancuhkan bersama bedak sejuk. Setelah sebati, sap! u rata di bahagian parut.
Amalkan sekerap mungkin, insyaallah parut akan beransur hilang.

@ Kulit pisang yg masih baru (lepas makan pisang terus guna), gosok2kan
bahagian dalam kulit pisang pada kulit berparut. Gosok hingga kulit pisang
agak lecur. Biar kering seketika sebelum basuh dgn air biasa. Amalkan
sekerap mungkin, insyaallah parut akan beransur hilang.

No comments: